Pages

Ads

Wednesday, July 3, 2013

Kulit cantik dengan collagen, mitos atau fakta

Assalamualaikum

Collagen bagi wanita adalah satu bahan yang tak asing lagi. Lebih lebih lagi bagi yang ingin mendapat kulit yang kelihatan tegang, segar dan menarik. Walau pun mungkin ramai tak pasti macam mana collagen berfungsi, iklan di media massa membuatkan collagen menjadi hot item yang menjadi pilihan wanita.Ziana Zain pun suntik suntik kolagen dengan vitamin C tau..

Seingat aku kegilaan pada collagen ni bermula lebih kurang tahun 2004 (rasanya bermula di Jepun) Siap ada trip jalan jalan cari makan makanan yang kaya dengan collagen. Kononnya untuk mendapatkan kulit yang cantik dan gebuss.. Kini, kegilaannya menular ke banyak negara dan kita boleh mendapati product product kecantikan dari krim sampai la ke minuman collagen yang diwar warkan dapat membantu mengembalikan keanjalan kulit.
pipi penuh collagen
Betul ke collagen yang di sapukan pada kulit atau pun yang diminum mengembalikan keanjalan kulit.. Yang mana lebih  berkesan? 

Walau pun banyak testimoni yang menyokong keberkesanan product ini, hakikatnya saiz collagen adalah terlalu besar untuk menyerap masuk ke dalam kulit apabila digunakan sebagai krim. Oleh itu, ia hanya duduk di atas permukaan kulit. Oleh kerana sifatnya yang menyerap lembapan, ia akan dapat mengekalkan lembapan pada permukaan kulit. Bagaimana pun, ia sama sekali tidak menyerap ke dalam kulit dan menyokong kulit agar menjadi lebih tegang.

Manakala, minuman collagen pula akan dicernakan menjadi asid amino apabila masuk ke dalam perut dan akhirnya bertindak sebagaimana protein biasa. Secara logiknya collagen yang diminum ini tidak akan secara magicnya terus diserap terus ke bahagian kulit. Aku tak berapa baca sangat pasal collagen yang disuntik ke dalam kulit. Bagaimana pun, apa yang pasti adalah collagen yang disuntik takkan sama dan takkan dapat bergabung dengan collagen semula jadi macam tu je. At least pada logik akal aku. Tambah lagi, bayangkan kalau something or somewhere went wrong. Beautician tu salah cucuk, kan tak pasal pasal jadi buruk. Hehehe..

So, macam mana nak menambahkan collagen dalam badan kalau bukan dengan krim collagen atau pun minuman collagen? Collagen dalam badan manusia dibina dengan vitamin C. Oleh itu, kalau nak dapatkan kulit yang tegang dan anjal, amalkan makan buah yang kaya dengan vitamin ACE dan K. 

Apa pun, segalanya adalah terpulang pada individu. 

Sumber rujukan : 
http://ourkizuna.blogspot.com/2012/04/kulit-cantik-dengan-collagen-mitos-atau.html

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...