Pages

Ads

Friday, November 8, 2013

Anak diculik depan mata

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki, 18 bulan, diculik ketika sedang makan bersama ibunya di rumah mereka, di Bangsar, di sini, kira-kira 6 petang semalam.
Freddie Joseph dikatakan dilarikan seorang lelaki ketika ibunya masuk sebentar ke dalam rumah.

"Ibu mangsa terus menjerit meminta tolong yang kemudian didengari beberapa jiran.
Foto

"Terdapat jiran berlari untuk membantu tetapi suspek mengeluarkan pisau lalu terus masuk ke dalam kereta yang menanti di hadapan rumah sebelum melarikan diri," katanya pada sidang media di Balai Polis Pantai, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, polis percaya suspek turut dibantu seorang lagi dipercayai wanita.

"Polis percaya perbuatan ini dilakukan orang yang mengenali keluarga mangsa dan menolak kemungkinan ia dilakukan untuk meminta tebusan.

"Pihak kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik yang membawa hukuman gantung sampai mati," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/09http://www.hmetro.com.my/articles/Anakdiculikdepanmata//Article?HarianMetro

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...